In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Monday, June 7, 2010

AKAR UMBI PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTIN

AKAR UMBI PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTIN

Terlalu panjang sebenarnya kisah berhubung asal usul permasalahan Israel-Palestine.

Bagaimanapun, bagi memudahkan perbincangan, cukuplah sekiranya kita ambil tempoh seawal abad ke-19 sebagai pemula bicara yang mana Palestine ketika itu merupakan sebuah wilayah yang aman, tidak berhadapan dengan masalah, jauh sekali jika dibandingkan dengan apa yang dilalui negara itu pada masa sekarang.

Palestine pada masa itu dihuni oleh kira-kira 86 peratus penduduk Islam, 10 peratus Kristian, manakala penduduk Yahudi hanya sekitar 4 peratus sahaja.

Semasa British menduduki Palestin dalam tahun 1917, Perdana Menteri Britain ketika itu, Lord Balfour telah berjanji untuk memberi hak bagi kaum Yahudi menubuhkan negara mereka sendiri di bumi Palestin.

Komitmen Balfour yang sememangnya dinanti-nantikan oleh sekumpulan mereka yang dikenali sebagai Zionist yang berpengkalan di Eropah telah merangsang mereka untuk menggiatkan usaha bagi menubuhkan sebuah negara sendiri bagi bangsa Yahudi.

Kekejaman yang dilakukan oleh Regime Nazi pimpinan Adolf Hitler ke atas bangsa Yahudi di Eropah dalam peristiwa yang dikenali sebagai ‘holocust’ telah menyebabkan simpati dunia, khususnya kuasa-kuasa besar seperti Britain dan Amerika terhadap kaum Yahudi meningkat, sekaligus memudahkan tercapainya impian kaum Zionist untuk mempunyai sebuah negara sendiri.

Kumpulan ini pada awalnya cuba mensasarkan Afrika atau Amerika sebagai antara benua yang mungkin sesuai dibangunkan sebagai negara kepunyaan mereka. Bagaimanapun, menyedari adanya komitmen pihak British untuk membantu, berserta adanya pegangan kuat mereka bahawa sejarah asal usul Yahudi banyak bermula dari wilayah Arab terutama Palestine, kaum Yahudi di bawah pergerakan Zionist kemudiannya membulatkan tekad mereka untuk kembali ke Palestine. Sejak itu, penghijrahan secara terancang penduduk Yahudi dari seluruh pelusuk dunia mula digerakkan secara kecil-kecilan bagi memastikan tercapainya impian Zionist untuk mempunyai sebuah negara sendiri.

Kemuncak kepada cita-cita Zionist untuk mempunyai sebuah negara Yahudi terjelma pada tahun 1947 bilamana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang tulang belakang kekuatannya banyak bergantung kepada kuasa-kuasa besar seperti Britain dan Amerika, membuat keputusan memperuntukkan 55 peratus bumi Palestine untuk dibangunkan sebagai negara milik Israel meskipun bangsa Yahudi pada masa itu hanya merupakan 30 peratus penduduk di Palestine dengan pemilikan tanah kurang dari 7 peratus.

Sejak itu, penghijrahan kembali secara besar-besaran penduduk Yahudi dari seluruh pelusuk dunia, terutama dari Eropah dan Russia ke negara Israel yang baru dibentuk mula berlaku dengan giat. Hasilnya, bilangan penduduk Yahudi meningkat dengan ketara dari hanya kira-kira 650,000 orang sebelum tahun 1948 kepada 1 juta orang sebaik sahaja negara Yahudi ditubuhkan secara rasmi dalam tahun 1948.

Dalam tempoh enam bulan sahaja selepas pembentukan negara Yahudi diumumkan, dilaporkan seramai kira-kira 101,808 pendatang Yahudi dari serata dunia telah dibawa masuk ke Israel.

Pembentukan negara Israel yang secara rasminya berlaku dalam tahun 1948 bukan sahaja telah merubah struktur geo-politik di negara asal Palestine, tetapi juga telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan yang berterusan di rantau Arab yang berjiran dengan Israel.

Penindasan kaum Yahudi ke atas penduduk Palestine, rampasan tanah, penginayaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestine dan cabar mencabar yang melibatkan maruah dan kedaulatan negara Arab yang berjiran dengan Israel mula berlaku secara berleluasa.





Akibatnya, perang Arab-Israel meletus berikutan penentangan Arab terhadap tindak tanduk Yahudi, lebih-lebih lagi berikutan penubuhan negara Israel yang tidak direstui oleh dunia Arab itu. Malangnya, perang tersebut yang berlanjutan sehingga ke tahun 1949 bagaimanapun menyaksikan kuasa Arab yang lebih besar dari segi jumlah mereka mengalami kekalahan teruk di tangan Israel.

Melalui perang itulah juga Israel berjaya menguasai kira-kira 78 peratus wilayah Palestine. Berikutan kemenangan tersebut, Israel mengambil tindakan mengusir hampir tiga suku daripada kira-kira satu juta penduduk Palestin dari kampung halaman mereka, menyebabkan mereka sehingga hari ini, menjadi pelarian di kem-kem penempatan seperti yang terdapat di Semenanjung Gaza.

Sejak itulah juga, sebuah peta negara Israel yang lebih besar dikeluarkan dengan keseluruhan nama kampung, bandar, sungai dan apa jua bentuk geografi yang dahulunya beridentitikan nama Arab Palestin ditukar sepenuhnya kepada nama Hebrew. Malah, bekas Perdana Menteri Israel, Golda Meir, dilaporkan pernah berkata “tiada apa-apa pun unsur Palestin di sini” (merujuk kepada negara baru Israel yang dibentuk itu).



Forever Palestine ( Sami Yusuf's version HQ ) dedicated to Gaza





Dalam tahun 1967, perang Arab-Israel meletus buat kali kedua. Kali ini Israel bukan sahaja berjaya menawan baki 22 peratus tanah Palestin (iaitu di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat) yang digazetkan sebagai kawasan negara Palestine, tetapi juga beberapa kawasan lain seperti Semenanjung Senai di Mesir dan Bukit Golan di Syria. Kawasan-kawasan ini bagaimanapun kemudiannya dikembalikan kepada Mesir dan Syria melalui perjanjian damai berasingan yang dicapai antara Israel dengan negara-negara terbabit beberapa tahun selepas tamatnya peperangan.

Namun bagi negara Palestine sendiri, keadaan selepas perang ternyata membawa kesan yang kian menyiksakan bagi kehidupan rakyat di negara berkenaan. Mengikut perjanjian antarabangsa, adalah menjadi kewajipan bagi Israel selaku negara penjajah untuk melindungi kehidupan penduduk Palestine yang dijajah.

Namun, Israel mengambil pendekatan yang sebaliknya dengan melakukan penindasan dan penginayaan terhadap penduduk Palestine seperti merampas tanah milik mereka, menghadkan kebebasan perjalanan, menangkap dan memenjara mereka dengan sesuka hati, mendera tahanan, memusnahkan ladang-ladang tanaman dan premis perniagaan milik penduduk Palestine dan seribu satu lagi sekatan serta penindasan yang begitu perit untuk dipaparkan.

Keadaan yang semakin mencengkam dan menekan itu akhirnya merangsang rakyat Palestine untuk bangun melancarkan intifadah menentang kezaliman Israel. Gelombang intifadah peringkat pertama bermula pada tahun 1986, tetapi kemudiannya terhenti pada tahun 1993 bilamana perjanjian damai antara Israel-Palestine dijalin. Perjanjian damai yang diharap bakal meredakan ketegangan antara Israel-Palestine bagaimanapun tidak menghasilkan apa yang diharapkan, sebaliknya memberi keuntungan kepada pihak Israel yang semakin berjaya meluaskan pendudukan mereka di bumi Palestine.

Akibatnya, gerakan intifadah peringkat kedua dicetuskan semula sekitar tahun 2000 yang menyaksikan belia Palestine melaksanakan gerakan membaling batu terhadap tentera Israel sebagai menunjukkan bantahan mereka di atas kekejaman regim Yahudi.

Di pihak regime Yahudi yang pada masa itu di bawah pimpinan Yitzak Rabin, gerakan intifadah tersebut telah dibalas dengan gerakan “mematahkan lengan” belia-belia Palestin yang terlibat dalam gerakan tersebut.

Kebangkitan intifadah peringkat kedua ini berada di kemuncaknya apabila belia Palestine bangun menentang kunjungan panglima perang Israel, Ariel Sharon ke atas kota suci Baitulmaqdis bersama-sama beribu-ribu anggota tentera yang dianggap sebagai bertujuan mempamirkan simbol pemilikan Israel ke atas kota suci berkenaan.

Akibat dari adanya penentangan belia-belia Palestin terhadap pasukan tentera Israel itu, lima belia Palestine telah ditembak mati pada hari pertama intifadah, disusuli dengan sepuluh lagi kematian pada hari kedua.

Gelombang intifadah tidak terhenti disebabkan peritiwa tersebut, malah kian memuncak dengan menyaksikan kewujudan kalangan belia Palestine yang bersedia mempertaruhkan nyawa mereka demi melindungi tanah air dan marwah rakyat Palestine.

Di pihak Israel, gerakan tersebut ditangani dengan pelbagai rupa, termasuk gerakan menghapuskan pemimpin dan anggota pertubuhan Hamas yang didakwa sebagai kumpulan pengganas. Sehubungan ini, kesempatan yang terluang di sebalik gerakan Amerika untuk menghapuskan “pengganas antarabangsa” telah diekspolitasi sedemikian rupa oleh Israel untuk melumpuhkan pertubuhan Hamas dengan modus operandi persis seperti serangan serta pendudukan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan.

Pada tahun 2005, Israel atas desakan dunia antarabangsa telah menarik keluar tenteranya dari Semenanjung Gaza, bersama-sama pendatang Yahudi yang sekian lama menetap di wilayah berkenaan. Gerakan tersebut yang diharap oleh regime Israel akan membantu meredakan tekanan antarabangsa ke atas regime tersebut bagaimanapun tidak diterima oleh dunia antarabangsa kerana Israel masih meneruskan penguasaannya ke atas sempadan wilayah Gaza, termasuk kawasan perairan dan juga ruang udara.

Dalam bulan Januari 2005, satu pilihan raya umum telah diadakan bertujuan membentuk sebuah kerajaan baru di Palestine yang kelak akan diberi mandat untuk merundingi perjanjian damai seterusnya antara Israel-Palestine. Bagaimanapun, pilihan raya ini sendiri telah dianggap sebagai satu pilihan raya yang berada sepenuhnya di bawah telunjuk Israel apabila ramai pemimpin Palestine yang tidak sehaluan dengan regime Israel telah ditahan dan dinafikan penglibatan mereka dalam pilihan raya berkenaan.

Ekoran dari adanya tentangan itu juga, satu pilihan raya susulan telah diadakan dalam tahun 2006 yang menyaksikan kali ini pergerakan Hamas muncul sebagai parti pilihan popular rakyat Palestine. Kemenangan tersebut malangnya tidak diakui oleh kuasa-kuasa yang kononnya bertanggung jawab dalam menjaga keamanan di wilayah Asia Barat itu. Lebih malang pengganas Israel telah mencolek dan menahan sebahagian besar perwakilan rakyat Hamas yang memenangi pilihan raya tersebut hingga kehari ini.

Akibatnya, pergerakan Hamas yang tidak berpuas hati, dengan dibantu oleh sebahagian besar penduduk Gaza telah mengambil alih sepenuhnya pentadbiran di Gaza.

Penguasaan Hamas ke atas Semenanjung Gaza telah mendorong regime Israel melaksanakan pengepungan bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Gaza, sekaligus diharap akan bakal melumpuhkan kekuatan Hamas. Bagi menjayakan objektif pengepungan itu, regime Israel telah melaksanakan kawalan yang begitu ketat di semua pintu masuk antara Palestine - Israel. Demikian juga dengan pengaliran masuk hasil import ke Palestine, termasuk makanan dan pakaian, telah disekat sebegitu rupa sehingga kira-kira satu perempat sahaja daripada keperluan rakyat Gaza dalam satu-satu bulan dibenarkan masuk ke wilayah tersebut. Akibatnya rakyat Gaza mengalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Demi surviviliti, rakyat Palestine di Ghaza terpaksa mencari jalan keluar dengan mengorek terowng-terowong dipersempadanan Ghaza – Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat-ubatan.

Terowong-terowong inilah yang kemudiannya dijadikan alasan oleh Israel untuk menyerang Ghaza dan membunuh rakyat Palestine dimana kononnya, Hamas menggunakan terowong-terowong tersebut untuk menyeludupkan senjata ke Ghaza.

Jika benar, Hamas berupaya menyeludupkan senjata ke Ghaza, tentu sekali senario dan keputusan peperangan Israel-Hamas baru-baru ini akan menyaksikan kekalahan dan kehinaan melampau dipihak Israel.

Dalam bulan September 2007, Israel dengan menggunakan alasan untuk ‘mengajar’ Hamas kerana melancarkan roket ke wilayah Israel, telah melaksanakan pula sekatan import minyak bertujuan melumpuhkan ekonomi Gaza dan seterusnya kekuatan Hamas.

Selain penguncupan ekonomi yang ketara terjelma diwilayah Ghaza ekoran adanya sekatan seumpama itu, kemudahan infrastruktur awam seperti rawatan sisa perkumbahan, bekalan air bersih dan perubatan juga turut mengalami kesan paling buruk hasil dari adanya sekatan tersebut.

Di pintu-pintu sempadan pula, pergerakan rakyat Palestine untuk keluar masuk sempadan telah semakin dinafikan. Ini termasuklah di pintu sempadan di utara, Erez, yang sengaja ditutup bagi mencegah kemasukan pekerja dari Palestine untuk masuk berkerja di Israel. Penginayaan dan penindasan terus dilakukan oleh regime Israel ke atas rakyat Palestine, terutama mereka yang tinggal di kawasan sempadan.

Bak kata pepatah kesabaran itu ada hadnya. Tekanan dan penginayaan Israel sedemikian rupa, yang berterusan dan buat sekian lamanya telah mengundang pergerakan Hamas untuk melancarkan lebih banyak serangan roket ke atas wilayah Israel.

Keadaan inilah dijadikan ‘tiket’ oleh Israel bagi mengesahkan dan menghalalkan serangan mereka ke atas Gaza dalam apa yang pernah diwar-warkan oleh pentadbiran Bush sebagai ‘gerakan menghapuskan pengganas antarabangsa’ dan ‘bagi melindungi keselamatan penduduk Israel dari serangan roket Hamas’.

Inilah fenomena akar umbi permasalahan yang sebenarnya wujud dalam hubungan Israel-Palestine yang berlanjutan sejak beberapa abad tanpa menampakkan tanda-tanda yang jelas ke arah penyelesaian yang abadi.

Usaha bagi meredakannya, tidak dapat dinafikan, memang ada dilakukan dari masa ke semasa, termasuk oleh pihak-pihak penaja perdamaian dari kalangan kuasa-kuasa besar seperti Amerika yang diketahui sering menjadi pelindung kepada bangsa Yahudi.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, pelan perdamaian yang dicadangkan sentiasa memihak kepada regime Israel dengan rakyat Palestine berada di pihak yang rugi dan terhina. Lebih malang, tiada satupun perjanjian damai yang nampaknya tidak terdedah kepada mainan politik regime Yahudi, melainkan satu persatu dicemar dan dipersendakan sedemikian rupa oleh regime berkenaan bertujuan melanjutkan penguasaan mereka ke atas bumi Palestine.

Roket hanyalah isu ciptaan yang dipropagandakan oleh Yahudi bagi menghalalkan kekajamannya terhadap rakyat Palestine, Isu sebenar ialah berakar umbi dari gerakan penentangan rakyat Palestine terhadap penaklukan dan perempasan bumi Palestine oleh Israel. Wallahu a’alam