In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

|UniMaP|

?????????????????????????????????????????????????????????


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara, selain memberi alternatif bagi pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis memandangkan pendekatannya yang mengintegrasikan gunaan dan kemahiran.
Aktiviti dan pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002 yang lalu. Pada 2 Mei 2002 UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.
Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.
Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan (distributed) di lokasi-lokasi seperti berikut:
Kangar :
  • Jabatan Canselori
  • Jabatan Pendaftar
  • Jabatan Bendahari
  • Jabalan Pembangunan
  • Perpustakaan
  • Unit Keselamatan
  • Dewan Kuliah
Kubang Gajah
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar
  • Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Dewan Kuliah dan Makmal
Jejawi
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Pembuatan
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
  • Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan
Bintong
  • Kolej Kediaman Pelajar
Kuala Perlis
  • Kolej Kediaman Pelajar .
  • Pusat Kejuruteraan
  • Pusat Kerjasama Industri .
  • Bilik Bersih (Clean Room) .
  • Makmal dan Dewan Kuliah

?????????????????????????????????????????????????????????????