In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Thursday, March 29, 2012

Adakah AKu RIAK & TAKBUR??

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat” [al-Hujurat:12]

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Saya mahu menjadi hamba yang ikhlas, dan saya merasakan itu sangat susah dilakukan, kerana hati saya selalu mempunyai tampalan2 niat yang menghakis keikhlasan. Misalannya belajar, adakah untuk saya lulus exam, atau kerana Allah? Dan jika benar saya lakukan sehabis baik kerana Allah, bolehkah saya kecewa jika saya gagal kemudiannya?

"Maka celakalah orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria." Surah Al-Ma'un, 4-6 (107:4-6)

"Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa." (Surah al-Qasas, ayat 83)


Hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya: Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok. Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia."

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: "Perkasa adalah kain sarung-Ku dan sombong ialah pakaian-Ku, barang siapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyeksanya."

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”


Monday, March 26, 2012

Kerjaku Bosan Yang Terlalu Amat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Pagi:
Bangun pagi aku terus bersiap ke PUSRAWI, jalan sesak dari Mount Kiara ke Jalan Kuching. Sampai workshop aku tengok2 apa yang boleh buat sambil rencana apa nak buat harini. Dalam pukul 9a.m keluar ke National Library untuk makan pagi. Saja je belanja Imah sarapan dengan Hafiz. Aku merasakan sarapan pagi nasi lemak je la yang termampu aku belanja pada akhir2 bulan macamni. Anne macam biasa, pukul 9.30a.m ke 10 am baru sampai.Kerja pagi dimulakan dengan menyiapkan work order yang tertangguh.Naik tingkat 7 hantar invoice ECG clips untuk EnHamdan sign, tengok ward aman rosak OPV 1500 vital sign monitor, wheel chair & hantar ECG paper.



Tengahari:
Menyiapkan filing untuk summary report bulan February. Terasa sangat banyak servbice report dan EST tidak diprint.

Makan dibelanja Imah salad buah2an. Air Barli Ais..hehe.. kesian Apek(Aizat) tidor kat maintenance kitaorg xajak makan sekali. Hafiz pun tidor jgk..aku Imah dgn Anne je makan

Compuland call suruh amik lappy, cas rm100..huhu

Petang:
Sambung buat filing. Banyak lubang2 dalam report kena tampal. Balik kerja terus tertidor...

Malam:
Basuh baju dan kemas baju2...ermm tapi harini dah xgado dgn my sweetheart..rasa bahagia....hehehe

Harini sangat tidak menarik...

Friday, March 23, 2012

Penat sangat

Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan..Kerana sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam..

Seringkali aku mengungkapkan bahawa dia terlalu "bekeng", tidak memahami aku, terlalu mengada-mengada, mudah merajuk, cemburu tiada bertempat, dan seringkali aku meninggikan suara kepadanya.. Memang tidak dinafikan.. Aku melepaskan segala kemarahan ku padanya tanpa memikirkan perasaannya.. Sehingga jatuh butir2 halus airmata jernih mengalir membasahi pipi nya.. Aku tidak faham.. Bukan memilih untuk tidak faham.. Tapi aku memang jahil dalam memahami dia...

Sudah hampir 3 tahun kami berkawan.. Namun ibubapa ku masih belum mengetahui perhubungan kami.. Walaupun ibubapa ku tahu aku bukanlah lelaki yang baik.. Pernah berkeping2 kad raya, ucapan hari jadi sampai ke rumah.. habis aku dimarahi mak, abah hanya berdiam sahaja menasihati mak agar berhenti memarahi aku.. kata abah

"bila dah pegang duit sendiri..Eik carilah calon yang Eik berkenan..tapi sekarang tumpukan pada pelajaran..abah xhalang Eik nak berkawan..cuma jaga pergaulan..jaga batas.."

Itu lah kata2 abah yang masih terpahat dalam hati ku.. Kata2 yang aku rasa sangat bermakna.. Dengan kondisi abah ku sekarang.. Aku merasakan itulah kata2 bermakna yang masih ternyiang2 di telinga ku..

Mungkin terlalu banyak mak membebel kat telinga sehingga aku merasakan tiada apa yang aku ingat..huhu maaf mak..Eik bukan tak ingat, cuma summarize kan dalam otak Eik yang lembap ini :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

harini dia demam, tapi aku sibuk dengan hal kerja ku.. Hal yang tidak sepatutnya aku campur tangan aku dah terpaksa campur tangan.. Menyelesaikan masalah.. Mungkin itulah tugas engineer.. InshaAllah.. Aminnn

Walaupun aku hanyalah seorang technician.. Tukang cuci berijazahkan B.Eng (Hons) Biomedical Electronics.. Namun tugasku hanya melakukan sedikit PPM dan mencuci mesin, tidak ubah seperti tukang cuci.. Cuma jurus terhebat adalah teknik menukarkan kertas A4 menjadi wang kertas.. :) huhu the power of writing..

pagi tadi check tender yang PPUM suruuh masuk, tapi tak ada equipment yang boleh 4utech masuk. Hafiz datang office untuk ambil cable EST yang aku nak hantar NIQ..NIQ bagi 1 free seat untuk seminar EST - Fairuz bagitahu. Lepas sarapan pagi dapat URGENT msg dari En Asu ada meeting dengan En Yusni pukul 9 pagi.. Bergegas ke PUSRAWI

Meeting PUSRAWI
1. kenderaan parking sesuka hati di B1
2. master asset list biomedical equipment 2012
3. ppm schedule 2012
4. workorder backdated bulan 1 bulan 3 baru sign (kena marah dgn EnYusni)
5. medical device Biro En Rushdi

Keluar dari meeting sebab GOT call cakap ada breakdown - selamat guer.. Repair stretcher/katil LKL tolak patient.

Buat pertama kalinya tegur staff THP Sinar - kontraktor bagi maintenance yang ganti JangkaPrestasi..dan jugak kerani JP yang masuk kerja THP - Fiza (mintak tlg print Master Asset & PPM schedule) serah kat EnYusni lepas jumaat setelah hanta Notis LOAD TEST kat semua department

Lepas Jumaat siapkan workorder & checklist bulan FEBRUARY yang tergendala.. Terasa AMAT SAKIT HATI dengan staff 4utech yang duduk rileks tapi kerja tak jalan.. Masing-masing bagi alasan tak mnasabah

Harini balik awal sebab Hafiz nak balik awal.. Tapi macam selalu je dia balik dalam pukul 5.. Sepatutnya balik masuk 8.30 habis 5.30.. Aku pun tak tahu nak cakap apa.. Pangkat sama je.. Tapi seniority nya aku.. Cuma aku ni OUTCAST dari PUSRAWI - last2 aku jugak kena cuci samapah orang lain

#Anne dah bagi softcopy master asset & ppm schedule & format monthly report

Malam jumpa Hafiz electronics yang praktikal Lumut dengan aku..sembang borak terlupa awek tengah demam... Bukan lupa tapi terabaikan..

SEMOGA CEPAT SEMBUH YE AWK :( SAYA SAYANG AWAK...SAYA DOAKAN KESIHATAN DAN KEBAIKAN AWK

tidur comeil2 :) erm mama..sy nak kawen ^^ tapi xde duit lg (T-T)





Monday, March 12, 2012

BLUR : selamat bekerja :)

Bismillahirrahmannirrahim

Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : "Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim)

Kenapa aku bekerja? Kenapa aku bekerja? Kenapa aku bekerja?

Rutin harian..aku bangun pagi, solat subuhku kekadang dalam waktu kekadang diluar waktu..tapi aku masih bias untuk masuk kerja tepat jam 8.30 pagi setiap hari..mungkin kadangkala tersasar 5-10 minit lewat…

Terdetik suatu persolan yang membuatkan aku musykil..BLURR dan menyesal..

KENAPA sebegini? KENAPA sebegitu?? – bukan lagu begitu begini ye

Rasanya aku mendisiplinkan diri terhadap sesuatu yang duniawi berbanding ukhrawi..yelaa.. dating kerja boleh je awal..sanggup bangun bergegas, tersentak dari tido bila terjaga lambat..pecut kenderaan habis laju bila nak pergi tempat kerja..tapi ke solat berjemaah? Bagaimanakah kita???

Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju.

Aku ingin berbakti kepada orang tuaku..namun berapa sen sahaja aku berikan kepadanya setiap bulan dari hasil pendapatanku..memanglah pendapatanku tidak seberapa..namun aku tidak meletakkan kesungguhan untuk mendisiplinkan diriku membernya walaupun suku dari gajiku..ermmmm

Ya Allah, kami mohon kepada-Mu akan keselamatan dalam agama, kesihatan dalam badan, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan ampunan sesudah mati.Ya Allah, ringankanlah kami ketika sakratul maut, dan selamatkanlah kami dari seksa api neraka, dan memdapat ampunan di hari perhitungan amal.

Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Karena sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah.

Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Mencari Idea

In the name of Allah the most Gracious the most Merciful

+++++++++++++

Melayang2 fikiran aku mencari idea untuk menulis tentang dia..ternyata tiada apa yang aku dapat lakarkan untuk menggambarkan betapa istimewanya dia dalam hidup aku..

mungkin dia hanya gadis biasa..namun sifatnya membuatkan dia cukup tersangat luar biasa bagi aku..daripada sifatnya yang biasa2 itu mampu menarik aku untuk lebih mengenali dia..

serba sedikit awal perkenal dengan si dia...

++++++++++++++

aku mula ternampak dia semasa sem5 di Unimap..ermm kebetulan kampus Dragon bertentangan dengan kampus Muhibah ( unimap distributed campus) masa first terserempak tu aku dah terasa tertarik dgn kekiutan dia..hehe tp just buat xtahu je sbb comfirmla dia xlayan aku yg selekeh lg berhingus ni..hehe lgpn masa tu tgh mencuba utk setia la kononnye..tittle uncle croc masih dicop besar..huhu

pastu sem6 aku kena pergi praktikal..masa tu aku main tagged..ermm camne ntah boleh add dia..sllu la jugak contact tagged dia..:) huhu..seronok kutuk dia sbb dia bangga sgt dgn unimap sedangkan aku merasakan unimap hampeh...

+++++++++

Balik unimap aku start rapat dgn dia..masatu 1st time jmpa dia, dia pakai baju oren naruto..hehe geng la dgn aku kaki katun :) hehe..

++++++++++++++++++

ntahlaa..banyak bnda nk bcerita tapi mcm xreti nk bcerita..mungkin penceritaan aku biasa..xsetanding cara dia becerita..namun banyak bnda suka duka kami lalui..untuk memilikinya sahaja aku melalui banyak benda...

memang dia gadis biasa...seringkali dia membandingkan dirinya dengan orang2 yang aku pernah kenali..dia sering merasakan kekurangan pada dirinya merupakan kelemahan baginya...

normal setiap orang punyai kelebihan dan kelemahan..sudah puas aku membertahunya..agar dia mengerti..namun kadang kala kami bergaduh..ya gaduh..sedangkan lidah lagi tergigit..

+++++++++++++++
ermm..BEKENG?? kadangkala aku merasakan dia sebegitu..tapi ada kalanya kelembutannya menyentuh hati aku..memang dia tidak sempurna..tapi aku tidak pernah melihat kelemahan dia itu..kerana dia sentiasa cuba melengkapkan kekurangan dirinya..

dan aku?? apa yang aku lakukan? mengguris hatinya..ermm...

wahai awk..saya terima awk seadanya..saya xpandai nk tulis mcm2..cukup sy nk awk tahu..sy terima baik buruk awk..sebab sy bukan sempurna...

ya saya sedih bila kita gaduh..tp dengan gaduh kita ambil pengajaran dan lebih memahami diri masing2..

saya suka awk jealous.. tp jangan terlampau jealous..sampai saya nak dengar lagu Najwa Latif pn awk xbg..hehe :P..

dahla..tulis panjang dah ni..maaf memang sy xde idea..

Assalamualaikum : xjawab dosa..kalo jawab SAYANG :)


Thursday, March 8, 2012

Kadamon - Dori2 Jam2

In the name of Allah the Most Beneficent the Most Merciful

YaAllah..hanya padaMU aku memohon pertolongan...


Kadangkala kita terlalu mengejar dunia, benda-benda yang kita tiada sehingga melupai nikmat kurniaan kita yang sedia ada..adakah salah bagi kita untuk mencari yang lebih baik? atau hanya menerima segala yang sedia ada? berada di zone selesa sehingga malas untuk melakukan peningkatan terhadap diri?

seringkali aku terfikir adakah aku kejam andai aku mencuba memcari peluang yang lebih baik..adakah aku mengkhianati segala apa yang diberikan boss dan conpany tempat aku bekerja atau dapatkah mereka menerima aku juga mengingini kehidupan yang lebih bermakna?

layakkah aku menerima yang lebih dari yang sedia ada wahai ILLAHI?? apakah aku ini hambaMu yang kufur nikmat yaAllah??

adakah dengan menanyakan soalan ini membuatkan aku meragui atas segala limpah kurnia rezeki kurnbiaanMu yaAllah??

yaAllah..aku sentiasa meyakini segala ketentuanMu..Kau lah Maha Mengetahui atas segala sesuatu..aku moohon padaMu..bantulah aku

=======================

YaAllah..jika dia benar2 jodohku...jika benar itu rezekiku..jika semua itu terbaik buatku..berikanlah aku petunjuk yaAllah...aku lemah tanpa pertolonganMu wahai tuhan yang membolak balikkan hati...teguhkanlah pendirianku terhadap agamaMu..agar aku terus mentaatiMu..Dan berikanlah aku kebaikan dunia dan akhirat...

===================

YaAllah..aku benar2 mencintai dia... berkatilah kami..teguhkan perasaan hati kami..jika benar dia lah yang tercatat sebagai surihati ini yang halal buatku..agar hati aku tidak terpesoong dengan nafsu, amarah, dan perasaan cinta yang akhirnya menolak hati kami agar terus mencintaiMu yaAllah

======================

yaAllah..permudahkanlah segala urusanku..bantulah hambaMu ini :(