In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Sunday, May 27, 2012

MIMPI NGERI: adakah ia petanda pemikiran yang penuh ketakutan & harapan yg tidak kesampaian?

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah Maha Penyayang

Aku tertarik apabila memikirkan tentang mimpi. Ramai orang mengatakan ia hanya permainan tidur. Namun aku merasakan ia lebih dari itu. Ia sesuatu yang melampaui batas pemikiran manusia.

Tadi si dia bercerita panjang dengan aku. Perbalahan yang biasa kami lakukan mengenai status aku yang tiada nampak sebarang peningkatan dalam hidup walaupun telah hampir 2 tahun bekerja di ibu kota.

"..hidup ini kena la ada peningkatan, perlu ada benda yang diberi komitmen senantiasa.." barangkali itu maksud si dia yang meleteri aku malam. Sungguh aku terasa dengan pemikirannya.

Seperti entry aku sebelum ini aku memang terasa down dengan status pekerjaan dan pencapaian hidup aku sekarang. Sehingga harini aku masih tidak mempunyai sebarang harta. Dan sebenarnya perbincangan aku dengan si dia tadi adalah kerana aku yang masih belum mampu membeli kereta.

Memang aku merencana membeli sebuah kereta. Namun keadaan ekonomi aku sekarang terlalu amat naif untuk aku memilki kereta. Mana tak nya, gaji bulanan aku hanya sedikit, dengan perbelanjaan makan, minyak motosikal, aku agak hairan ke mana perginya duit gaji aku sehingga tiada langsung aku menyimpan.

Terasa ingin memiliki kereta kecil seperti ini sebagai kereta pertama :) angan tak sudah


MIMPI: sinopsis si dia ceritakan aku hanya dapat ingat sebanyak ini.
adakah aku akan meninggalkan si dia bila mana dia lebih berjaya dalam hidupnya berbanding aku?
adakah aku akan jatuh menjunam apabila aku meninggalkan dia?
adakah aku akan selamanya gagal dalam hidup?
adakah aku tidak mampu memenuhi keinginan dia menjadi lelaki yang hebat?

Aku merasakan perasaan dan pemikiran kita mempengaruhi apa yang kita mimpi. Memang kita tidak dapat mengawal apa yang kita mimpi. Namunsedikit sebanyak, pengembaraan alam mimpi mungkin memberi sedikit petunjuk apa yang sebenarnya kita akan lalui di alam realiti.

wallahualam :)




Sunday, May 20, 2012

SYUKUR : Kayu Pengukur Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Alllah yang Maha Pemurah Maha Penyayang...


Tadi sedang merempit utk sampai ke rumahku officeku aku terfikir apakah itu kayu pengukur kejayaan seseorang..Apakah dengan kerjayanya? Rumah kediaman yang tersergam indah? Wang berkepul-kepul dalam bank? Entahlah.. aku terus terang kurang memahaminya walaupun aku betul-betul menginginkan semua itu. Kereta yang berjenama dan mahal. Ermm...

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang lebih baik (syurga)." (Ali Imran 2 : 14)

PEDIH HATI:
Aku meletakan petanda aras yang terlalu tinggi untuk aku capai. Contohnya aku meletakkan diri aku sekurang2nya bergelar engineer apabila bergraduasi. Siapa yang tak mahu menjadi engineer kan? Dan belajar engineering, Graduate Engineer tu dalam tangan la sepatutnya. Namun sebaliknya terjadi pada diriku. Lepas tamat belajar aku hanya bergelar Technical Executive dengan tangga gaji diploma sahaja. Rasanya budak diploma pun ada yang bertangga gaji lebih tinggi dari aku dan mempunyai kelebihan melebihi aku. macam mana aku tidak terasa berkecil hati dan pedih hati.
Melihat pula kawan-kawan yang sewaktu belajar punyai kerjaya yang hebat-hebat, rumah, kereta, dsb nyata membuatkan aku iri hati dengan segala pencapaian mereka. Lebih-lebih lagi yang aku ketahui meniru dalam peperiksaan, menciplak assignment pelajar lain, beli FYP dll. Sungguh murah rezeki mereka sehingga membuatkan aku bersangka buruk kepada Allah SWT..

BANGGA:
Dalam hidup aku banyak benda biasa yang aku berbangga atau berpuashati dengan pencapaian diri. Alhamdulillah aku menghargai apa yang aku lakukan. rasanya segala pencapaian aku sekarang adalah atas usaha aku tanpa menindas atau menganiaya orang lain. Mungkin hanya diri sendiri.
1. Tidak pernah meniru dalam exam
2. Terus terang - mungkin aku agak kurang ajar dalam meluahkan kata-kata
3. Menipu - walaupun aku menipu; aku menipu dalam erti kata orang lain tersalah faham apa yang aku maksudkan

SYUKUR:
Aku selalu mengyangka bahawa hidup ini hanya berkenaan aku sahaja; aku nak macam ini, aku nak macam tu. Sehingga aku terlupa hidup ini adalah untuk berkongsi bersama. Kalau aku tak jadi technician bodoh-bodoh macam ni siapa nak jadi technician kan. Siapa nak kemas office, jadi dispatch, siapa nak jadi kambing hitam dsb. Mungkin aku tidak bergelar doctor perubatan, engineer pun tak iktiraf kedudukan aku, namun aku merasakan aku punya ilmu; bukanlah aku nak meninggi diri atau berbangga, namun terasa suatu "pride" apabila doctor sendiri menanyakan masalah yang mereka kurang faham pada aku si tukang cuci mesin ini. Budak bodoh, selekeh & macam tak pernah belajar masuk universiti ini.

Alhamdulillah buat masa ini aku masih mampu bekerja dan menyara diri sendiri dengan rezeki yang halal. sekurang-kurangnya aku tidak menganiaya orang lain dan menyusah siapa-siapa :)

Mungkin aku tidak punya kereta besar, rumah, dan emas permata. Namun diriku tidak terbeban hutang. PTPTN je..

yaAllah..aku bersyukur padaMU kerana memberikan aku peluang untuk hidup, merasa nikmat IMAN & ISLAM..

wasalam..


Saturday, May 12, 2012

TinkTonk..Nak balik cuti

Bismillahirrahmannirrahimmm... dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang...

Aku merasakan ssuatu yang pelik bila memikirkan apa yang berlaku sepanjang minggu ini...ntahlaa..



 dugaan hidup mematangkan fikiran dan membuatkan kita lebih bersedia dan pasrah dalam kehidupan...

 cuma aku nak bagitahu aku rindu sangat kat mak abah, along angah hajar alif, harith danish, balqis, tok...ermmm fiza sy asyk gaduh je...penat la...

motor buat hal sbb kedai ngok ngek tu..serabut betul...

aku xtahu apa aku buat salah dgn org..tp yg aku tahu aku nk mntk maaf & aku jenis maafkan sume salah org kt aku...

tu je..xde pape nk ckp dh...ok bye2...

 aku rindu nak balik rumah, balik perlis..tp aku xnk balik kerja..ermmm huhuhu