In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Sunday, May 20, 2012

SYUKUR : Kayu Pengukur Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Alllah yang Maha Pemurah Maha Penyayang...


Tadi sedang merempit utk sampai ke rumahku officeku aku terfikir apakah itu kayu pengukur kejayaan seseorang..Apakah dengan kerjayanya? Rumah kediaman yang tersergam indah? Wang berkepul-kepul dalam bank? Entahlah.. aku terus terang kurang memahaminya walaupun aku betul-betul menginginkan semua itu. Kereta yang berjenama dan mahal. Ermm...

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang lebih baik (syurga)." (Ali Imran 2 : 14)

PEDIH HATI:
Aku meletakan petanda aras yang terlalu tinggi untuk aku capai. Contohnya aku meletakkan diri aku sekurang2nya bergelar engineer apabila bergraduasi. Siapa yang tak mahu menjadi engineer kan? Dan belajar engineering, Graduate Engineer tu dalam tangan la sepatutnya. Namun sebaliknya terjadi pada diriku. Lepas tamat belajar aku hanya bergelar Technical Executive dengan tangga gaji diploma sahaja. Rasanya budak diploma pun ada yang bertangga gaji lebih tinggi dari aku dan mempunyai kelebihan melebihi aku. macam mana aku tidak terasa berkecil hati dan pedih hati.
Melihat pula kawan-kawan yang sewaktu belajar punyai kerjaya yang hebat-hebat, rumah, kereta, dsb nyata membuatkan aku iri hati dengan segala pencapaian mereka. Lebih-lebih lagi yang aku ketahui meniru dalam peperiksaan, menciplak assignment pelajar lain, beli FYP dll. Sungguh murah rezeki mereka sehingga membuatkan aku bersangka buruk kepada Allah SWT..

BANGGA:
Dalam hidup aku banyak benda biasa yang aku berbangga atau berpuashati dengan pencapaian diri. Alhamdulillah aku menghargai apa yang aku lakukan. rasanya segala pencapaian aku sekarang adalah atas usaha aku tanpa menindas atau menganiaya orang lain. Mungkin hanya diri sendiri.
1. Tidak pernah meniru dalam exam
2. Terus terang - mungkin aku agak kurang ajar dalam meluahkan kata-kata
3. Menipu - walaupun aku menipu; aku menipu dalam erti kata orang lain tersalah faham apa yang aku maksudkan

SYUKUR:
Aku selalu mengyangka bahawa hidup ini hanya berkenaan aku sahaja; aku nak macam ini, aku nak macam tu. Sehingga aku terlupa hidup ini adalah untuk berkongsi bersama. Kalau aku tak jadi technician bodoh-bodoh macam ni siapa nak jadi technician kan. Siapa nak kemas office, jadi dispatch, siapa nak jadi kambing hitam dsb. Mungkin aku tidak bergelar doctor perubatan, engineer pun tak iktiraf kedudukan aku, namun aku merasakan aku punya ilmu; bukanlah aku nak meninggi diri atau berbangga, namun terasa suatu "pride" apabila doctor sendiri menanyakan masalah yang mereka kurang faham pada aku si tukang cuci mesin ini. Budak bodoh, selekeh & macam tak pernah belajar masuk universiti ini.

Alhamdulillah buat masa ini aku masih mampu bekerja dan menyara diri sendiri dengan rezeki yang halal. sekurang-kurangnya aku tidak menganiaya orang lain dan menyusah siapa-siapa :)

Mungkin aku tidak punya kereta besar, rumah, dan emas permata. Namun diriku tidak terbeban hutang. PTPTN je..

yaAllah..aku bersyukur padaMU kerana memberikan aku peluang untuk hidup, merasa nikmat IMAN & ISLAM..

wasalam..