In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Saturday, July 9, 2011

Kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara

Kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara

JADAHNYA KEBEBASAN BERSUARA NI? TAK FAHAMLAH...........


1- Begitu ramai yang berselindung di sebalik nama 'kebebasan bersuara' apabila cuba menyuarakan pendapat. Semakin mengarut dan mencarut pendapat itu, semakin kuat mereka akan menjerit mengenai kebebasan bersuara.

2- Selalunya mereka yang berbuat begini ialah mereka yang tidak tahu untuk mempertahankan pendapat mereka. Apa yang mereka boleh lakukan untuk melepeaskan diri ialah dengan hanya berkata 'ini kebebasan bersuara. Setiap orang bebas untuk bersuara.'

3- Benarkah kebebasan bersuara itu wujud?

4- Sebenarnya tidak wujud kebebasan bersuara di dunia ini. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun. Kebebasan bersuara tidak pernah ada. Ia hanyalah suatu fantasi dan angan-angan.

5- Tidak percaya? Pergi ke Amerika (negara bebas) dan sila jerit yahudi patut dihapuskan di bumi ini. Pergi ke eropah dan cakap di khalayak ramai yang holocaust hanya mitos. Pergi ke Malaysia dan cakap kat orang melayu bahawa raja melayu patut dihapuskan. Apa yang akan kita dapat?

6- Kalau masih tidak yakin- sila bayangkan ada seorang datang kepada anda dan berkata 'Ko ni macam BAPOK!!!'.atau 'Ko ni BODOH!! Bajet ada diploma pandai sangat la tu!!' Masa ni mesti rasa macam nak pelempang je mulut dia. Silap-silap top management pun campur tangan. terus xleh kerja. Mana ada tiba-tiba dia sengih dan cakap 'rilekslah bro. Ini kebebasan bersuara.' Masih nak kata kebebasan bersuara itu ada? Karutlah........

7- Yang patut kita fahami ialah hak untuk bersuara. Setiap manusia berhak untuk bersuara. Setiap warga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya. Setiap insan ada hak untuk meluahkan pandangannya. Melalui verbal atau bertulis..Perbuatan mungkin (demonstrasi). Namun hak ini tidak datang dengan kebebasan. Hak untuk bersuara tidak bermakna kita boleh bersuara tentang apa sahaja di minda kita. Masih ada perkara yang kita terikat untuk tidak bercakap bebas.

8- Ada perbezaan yang jelas di antara kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara. Sila fikir dan fahami. Jangan nanti bila nak bersuara nampak macam sombong bodoh. Sudahlah tidak tahu, nak marah-marah pulak bila dah salah.

9- Ingat, kita ada hak untuk bersuara di muka bumi ini tetapi kita tidak ada kebebasan bersuara dalam hidup.

10- Ingat, ini tidak bermakna kita tidak boleh bercakap langsung tentang apa-apa perkara. Tetapi bukan semua perkara boleh kita ucapkan. Bergantung kepada penerimaan orang terhadap kritik yang kita beri. Apa yang boleh dan apa yang tidak- itu yang menjadi persoalan.