In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Saturday, April 9, 2011

teknik persediaan temuduga kerajaan

Salam sejahtera.

Saya baru pulang dari Concorde Hotel Shah Alam
untuk program ETP di bawah gagasan 1 Malaysia dan
bawah naungan DPMM. Sekadar berkongsi yang masalah
graduan tidak ada kerja dan satu yang menarik
adalah semua bertumpu kepada kerjaya kerajaan
tapi merungut atas kesukaran sistem pemilihan
SPA yang agak ketat.

Puluhan ribu GAGAL peperiksaan tapisan atau
peperiksaan bertulis SPA setiap tahun.. KENAPA?

==========
Analisis
==========
Setiap peperiksaan bertulis dirangka dengan
beberapa seksyen yang seakan sama dan komponen
wajib/sama dalam jawatan Gred 41 adalah;

[1] Pengetahuan Am
Seksyen ini sememangnya agak membunuh calon
yang TAK MEMBACA atau tak peka dengan keadaan
perubahan sekeliling. Tak banyak yang boleh
dilakukan untuk membantu, mereka harus bantu
diri mereka sendiri. Ianya adalah antara TAHU
dan TAK TAHU, jika TAK TAHU isu/fakta tersebut
memang tak boleh jawab

>>>>> Penyelesaian: Peka dengan ISU SEMASA dan
banyak membaca akhbar, sejarah, pencapaian
negara etc

[2] Matematik
Seksyen ini pun membunuh calon tapi untuk yang
lemah matematik dan kurang yakin pada diri
sendiri. Sebenarnya ianya tidak sukar kerana
pada asasnya SPA menetapkan yang silibus hanya
sahingga SPM. Dan calon yang layak dipanggil
menduduki peperiksaan adalah mereka yang LULUS
MATEMATIK SPM. Jadi sepatutnya tak ada masalah!

>>>>> Penyelesaian: Banyakkan latih tubi soalan
Matematik PMR dan SPM. Beli satu dua buku
latihan di kedai buku dan ianya dah cukup
untuk anda.

[3] Esei BI/BM
Yang ini pun seharusnya tak ada masalah dengan
syarat, calon tahu isu yang diketengahkan.
Jika tak tahu memang agak sukar. Cuba mula
rangka dengan konsep penulisan "5 Wives 1 Husband,
iaitu What, When, Where, Who, Why & How. Untuk
satu-satu isu, jawab semua 'W' tadi dan
berikan solusi dalam komponen 'H' untuk satu
perenggan sebelum kesimpulan.

>>>>> Penyelesaian: Banyakkan membaca akhbar
dan tahu isu semasa kerana kebanyakan soalan
adalah mengenai isu semasa sahaja

[4] Sahsiah dan Minat
Seksyen ini yang paling mudah nak jawab, hanya
YA/TIDAK, SETUJU/TAK SETUJU sahaja. Tapi
ramai yang terperangkap dengan masa dan
atitud suka hentam sebab tak cukup masa.
Tahu tak, bila calon hentam, sebenarnya calon
terperangkap dengan susunan soalan yang telah
dicerakinkan dari beberapa isu sahaja. Sebagai
contoh ISU PEMBAKARAN TERBUKA dibuat 3 soalan
yang jawapannya harus sama tapi diletakkan
pada soalan no 3, 67 dan 108. Jadi bila
anda hentam sebab tak cukup masa, rasa2 nya
jawapan yang anda beri untuk soalan 3 dan 67
sama tak dengan 108?

DI SINI SEBENARNYA SUMBER KEGAGALAN KEBANYAKAN
CALON. TAPI TAK RAMAI YANG SEDAR

>>>>> Penyelesaian: Banyakkan latihan untuk
cepatkan 'refleksi' menjawab anda.

[5] Bahagian Penyelesaian masalah
Soalan sebegini sedikit pening/keliru jika
calon tak baca dengan hati-hati. Apa yang
perlu ialah anda teliti dan tulis dahulu
sebelum buat analisa jawapan. Ada yang terus
fikir di dalam kepada dan akhirnya TERBELIT
dengan jawapan yang hampir.

>>>>> Penyelesaian: Buat satu persatu, baca
dengan hati-hati dan tulis untuk rangka
penyelesaian

Harap analisis ini memberikan anda idea untuk
membuat persediaan dan seterusnya berjaya
melepasi tahap tapisan pertama ini!

Salam sukses untuk anda!