In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Sunday, February 21, 2010

Kampus

dengan nama Allah yag maha pemurah lagi maha penyayang
segala puji kepada Allah tuhan sekalian alam
rasanya sudah sekalian lama aku tiddak meng"UPDATE" blog ini sepertimana yang aku harapkan. segala isi blog hanya bekisar tentang apa ynag mengisi peti email aku yang aku copy dan paste.
hatiku tergerak untuk menulis apa yang terfikir di fikiran. lagipun harini kelas aku menurut kata teman aku telas terbatal.
------------------
so berbalik pada isu kampus.perasaan aku sahaja tidak melibatkan pelajar unimap yang lain. maklumla ni blog aku. suka hati aku la nak tulis apa. bukan isu yang kontroversi sangat pun, tapi aku pernah la jugak disuruh memadam entry yang mengutuk unimap, tak percaya??mmmm ada la sikit yang aku komen namun aku terpaksa padam atas sebab keselamatan dan menjaga hubungan baik sesama universiti pihak pentadbir dan diri aku sendiri. tipu laa kalo aku xnak selamatkan diri aku sendiri.
--------------
sebenarnya aku cuma berharap agar dapt beljar di suatu tempat yang lebih tersusun, sistematik, lebih menyenangkan pelajar untuk menimba ilmu.bukanlah aku mnyatakan bahawa unimap sebuah universiti yang bodoh bangang, sillabus gila hantu la merepek, walaupun pada hakikatnya banyak lagi kos-kos yang ditawarkan masih belum mendapat akretasi dan fakulti yang agak tidak teratur, amat tidak teratur sebenarnya, namun aku merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki agar unimap betul-betul layak dinaik tarafnya menjadi sebuah universiti.

------------


Visi Universiti Penyelidikan

Universiti penyelidikan mengambil bahagian yang aktif dalam penerokaan idea baru, menguji kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif secara intelek untuk terus meneroka dan mengembang ilmu yang terkehadapan.

Misi Universiti Penyelidikan

Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran juga melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan, dan akhirnya meningkat kualiti hidup.

--------------------------------------------

ntah bila laa kampus tetap nak siap..xsabarnya nak grad..dulu aku impi nk grad kat kampus tetap tapi rasanaya hanya mimpi di unimap

----------------------------------------------------


Kampus USM di India

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my




IPTA pertama buka cawangan di luar negara

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India.

Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 100 pelajar, Julai depan.

Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, berkata buat permulaan keutamaan akan diberi kepada pelajar Malaysia sebelum dibuka kepada penuntut antarabangsa. "USM menerima pelawaan untuk membuka kampus cawangan di India, baru-baru ini dan bersetuju mengembangkan operasinya. Kampus India ini akan menggunakan sepenuhnya kurikulum bersepadu USM.

"Prasarana dan kemudahan lain termasuk asrama dan peralatan makmal akan disediakan Jawaharlal Nehru Medical University.

"Program pengajian perubatan di USM India dijangka akan mengambil masa lima tahun dengan keseluruhan yuran pengajian dijangka kira-kira RM350,000 (US$100,000)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 kepada Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Dr Zaidon Kamari dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Mafauzy Mohamed.

Pada majlis sama, Dzulkifli turut menyampaikan anugerah kepada pemenang pertandingan Konvensyen Kualiti dan Inovasi (KIK), membabitkan 10 kategori antaranya asrama pelajar, laman web dan Makmal Diagnostik dan Analitik.

USM yang mencipta sejarah menjadi universiti awam pertama dipilih sebagai Universiti Apex pada September 2008, mensasarkan untuk disenaraikan dalam 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan 50 terbaik menjelang 2020.

Dr Dzulkifli berkata, bagi menjayakan usaha itu, USM juga akan melatih beberapa pegawai dari universiti ini di sini untuk menjadi tenaga pengajar di kampus cawangan India.

"Usaha ini adalah untuk merealisasikan USM sebagai Universiti Apex sepenuhnya menjelang 2013 dan sekiranya berjaya, ia merancang mengembangkan sayapnya ke beberapa negara lain seperti Timur Tengah," katanya.

Dalam pada itu, Dr Dzulkifli berkata, USM akan membuka satu lagi kampus cawangan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun depan bagi menampung jumlah pelajarnya yang kini berjumlah kira-kira 30,000, di empat kampusnya sekarang.

"Daripada jumlah itu, kira-kira 20,000 pelajar adalah prasiswazah, manakala 10,000 lagi pelajar pasca siswazah. Kementerian Pengajian Tinggi meminta ditambah bilangan pelajar prasiswazah kepada 30,000 dan untuk itu USM memerlukan kampus baru," katanya.