In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Tuesday, April 1, 2008

5 syarat untuk membuat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham Dia berkata “wahai Aba Ishak!selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,’jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya ,maka kamu boleh melakukan maksiat.”Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.”Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?” Ibrahim bin Idham berkata”syarat pertama ,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya.”Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,”Dari mana aku mahu makan ? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?””ya!” tegas Ibrahim bin Idham.”kalau sudah kamu memahaminya ,masih mampukah memakan rezekinya , sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangannya?” “yang kedua “kata Ibrahim,”kalau mahu bermaksiat , jangan tinggal di buminya!”syarat itu membuat lelaki itu terkejut separuh mati .Ibrahim kembali berkata kepadanya.”wahai Abdullah , fikirkanlah…apakah kamu layak memakan rezekinya dan tinggal di buminya,sedangkan kamu melanggar segala larangannya?” “ya! Anda benar” ,kata lelaki itu .dia kemudiannya menanyakan syarat yang ketiga,Ibrahim menjawab” kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat bersembunyi yang dapat terlihat olehnya” lelaki itu terperanjat lalu berkata,”Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?” “mana mungkin Allah tidak dapat melihat kita?” “ya, kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”Kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk lalu meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan “ kalau malaikat maut mahu mencabut roh mu , katakanlah kepadanya,ketepikan kematianku dulu! Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amalan soleh” kemudian lelaki itu menggelengkan kepalanya dan segera tersedar “Wahai Ibrahim mana mungkin malaikat maut mahu memenuhi permintaanku?””Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu ,lalu bagaimana kamu boleh lari dari kemurkaan Allah?” “Baiklah apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab,”Wahai Abdullah kalau malaikat zabaniyah dating hendak mengiringmu kea pi neraka di hari kiamat nanti , jangan kamu ikut bersamanya” Perkataan itu membuat lelaki itu insaf.Dia berkata “Wahai aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidakmembiarkan aku menolak kehendaknya”Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran.”mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah” katanya sambil teresak-esak.