In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم YaAllah janganlah kau uji apa yang tidak termampu aku lalui ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶When You Are HURT, You Learn To HATE..On The Other Hand, When You Hurt Someone, You Are RESENTED..BUT You Start To FEEL GUILTY As Well..However, Understanding Such Pain Enables YOU to Be KIND to Others..KNOWING PAIN Helps us GROW UP, to MATURE.. ٩(-̮̮̃•̃)۶٩(•̮̮̃•̃)۶ We should be taught not to wait for inspiration to start a thing. Action always generates inspiration. Inspiration seldom generates action٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶yaAllah..berikanlah aku kekuatan mennempuhi segala cabaran dan dugaan..aku lemah tanpaMU..٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶Starting over isn't crazy. Crazy is being miserable. and walking around half asleep, numb, day after day after day. Crazy is pretending to be happy. Pretending that the way things are is the way they have to be for the rest of your bleeding life.٩(●̮̮̃•̃)۶ If she's amazing, she wont be easy. If she's easy, she wont be amazing. If she's worth it, you wont give up. If you give up, you are not worthy. The truth is, everybody is going to hurt you; you just gotta find the ones worth suffering for -Bob Marley :٩(͡๏̯͡๏)۶..Mohon maaf atas segala salah silap.. Ikhlas dari MOHD SHUIB ABD RAHMAN..

Wednesday, March 26, 2008

panahan syaitan

Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk putera-puteriku yang sentiasa dicintai dengan kasih sayang Islam. Maha Suci Allah yang menjuruskan hati kita pada landasan iman dan Islam.

Putera-puteriku marilah kita mulai dengan doa: “Ya Allah! Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas juga dalam agama nabi kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu yang benar. Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, kami mohon ampun dan bertaubat kepadaMu.”


Putera-puteriku yang meningkat dewasa, malam dan siang silih berganti. Bulan menjangkau tahun. Kini kalian hampir menjejaki gerbang kedewasaan. Adakah kedewasaan usia seiring dengan kedewasaan iman? Ingatlah selalu wahai putera-puteriku, kekuatan iman berfungsi selaku kekuatan utama yang teguh memagari kemuliaan akhlak kalian. Lemah iman bererti akan goyang pendirian malah akan pincang langkah kalian dalam menjejaki kebahagiaan masa depan.

Puteraku! Ke tanganmu akan ayah bonda serahkan teraju kepimpinan bagi menerangkan kegemilangan alam. Sejak kecil tanganmu telah dilatih untuk memilih warna, keredhaan yang Allah tetapkan. Kini telah hampir pula tugasmu menegakkan kebahagiaan yang dapat memelihara kesejahteraan insan.

Puteriku! Halus jiwamu serta lembut tanganmu bersesuaian untuk melakar corak-corak indah pada layar kehidupan. Indah lakaranmu akan terbinalah kebahagiaan hakiki. Sekiranya buruk corak yang engkau lakarkan, maka akan buruk jugalah warna kehidupan generasi mendatang.

Putera-puteriku, kalianlah harapan dan kalianlah pewaris yang akan meneruskan segala kekuatan. Kelemahan akan membawa kepincangan yang merugikan. Justeru itu, sedarilah putera-puteriku, seiring dengan usaha kalian membina kekuatan iman bersulamkan ketaqwaan, wujud pula penghasut paling bahaya! Syaitan yang tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kalian. Kini pula kian bertambah giat mengaburi pandangan mata kalian.

Ingatlah putera-puteriku kepada firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 30-31: “Katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya.”

Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan matanya bererti dia menahan serta mengawal keinginan hatinya menurut kehendak Allah. Pandangan mata yang tidak terkawal kelak membuahkan perlakuan yang tidak menentu. Menahan pandangan mata itu bertujuan menjaga kehormatan diri. Bukan bermakna Allah melarang pandangan mata secara keseluruhan, tetapi kita diperintahkan untuk menahan sebahagian pandangan mata.

Putera-puteriku, sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat. Ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Lantaran itu, Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata harus dijaga terhadap mereka yang menutup aurat, apatah lagi yang mendedah aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah SAW, ketika al-Fadhl bin Abbas r.a. menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu, lalu Rasulullah memegang kepala al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan al-Fadhl. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian itu tanpa dimungkiri. Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu berupaya berzina, dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu berupaya berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu berupaya berzina dan zinanya adalah tangkapan keras. Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu.” [Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i dan Abu Daud]

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali: “Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu).” [Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Putera-puteriku yang sentiasa menjaga keteguhan iman, fahamilah tatacara serta batas pergaulan yang telah Allah syariatkan. Di satu segi, umat Islam disuruh membina kemesraan, murah dengan senyuman, saling bersalam dan bermaafan serta lembut dalam tutur kata. Tetapi pada sudut lain, syariat meletakkan batas pergaulan yang ketat antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Misalnya, senyum dan bertegur sapa tidak boleh berlebihan. Haruslah menggunakan pakaian yang sempurna dan menutup aurat demi memelihara maruah dan kehormatan wanita. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59: “Yang demikian itu, supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri dari perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang. Kemesraan antara seorang lelaki dan wanita bukan mahram akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kalian kepada perbuatan sumbang. Oleh itu, ingatlah amaran Nabi bilamana lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan di satu tempat, maka pihak ketiga adalah syaitan. Situasi seperti ini akan ada bisikan-bisikan jahat dari syaitan. Sebab itu, Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Puteraku yang sentiasa berusaha membersihkan jiwa, hayatilah maksud hadis Rasulullah ini: “Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah.” [Hadis ini hadis dhaif jiddan/sangat lemah]

Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya alihkan pandangan dan elak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana di sini iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Ingatlah puteraku, jika mata sentiasa dikawal, tentu hati akan jadi tenang. Mudah kalian melaksanakan ketaatan kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiar itu akan mengotori jiwa dan merosak hati hingga mendorong kalian melakukan perbuatan sumbang dan tercela.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu pada pandangannya, hatinya dan ingatannya. Kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga yakni pada lirikan matanya, hatinya dan kelemahannya.”

Puteriku yang berjiwa luhur, sedarlah bahawa menutup aurat dengan sempurna dan pergaulan yang terkawal itu akan menjadikan maruah wanita Islam dihargai dan dihormati. Bahkan, pergaulan yang keterlaluan dapat dijauhi, seterusnya menjamin hubungan harmoni dan sejahtera di kalangan masyarakat.

Puteriku, berhati-hatilah ketika melemparkan senyuman. Senyuman wanita kepada lelaki yang bukan mahram bukan dikira sedekah, tetapi pendorong kepada perlakuan sumbang. Jelingan, kenyitan mata, berpegang tangan dan berdua-duaan di tempat yang terang atau tersembunyi mengundang berlakunya maksiat. Oleh itu, pelihara dan jauhkan diri kalian daripada kemurkaan Allah. Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong membuat dosa. Tepatilah maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaNya.”

Waspadalah puteriku, tidak ada istilah ‘ringan-ringan’ dalam soal dosa. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Akhirnya, renungi syair Arab ini: “Betapa buruk pemuda yang memiliki pekerti mengorbankan adab kerana nafsu sendiri, kehinaan dituruti padahal diri mengetahui, kehormatan tercemar dan kehinaan disenangi. Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta!

Wallahu ta’ala a’laam dari ibu tersayang yang mengharapkan keselamatan –Ummu Anas-