Dengan nama Allah yang maha Pemurah Maha Penyayang
Aku tertarik apabila memikirkan tentang mimpi. Ramai orang mengatakan ia hanya permainan tidur. Namun aku merasakan ia lebih dari itu. Ia sesuatu yang melampaui batas pemikiran manusia.
Tadi si dia bercerita panjang dengan aku. Perbalahan yang biasa kami lakukan mengenai status aku yang tiada nampak sebarang peningkatan dalam hidup walaupun telah hampir 2 tahun bekerja di ibu kota.
"..hidup ini kena la ada peningkatan, perlu ada benda yang diberi komitmen senantiasa.." barangkali itu maksud si dia yang meleteri aku malam. Sungguh aku terasa dengan pemikirannya.
Seperti entry aku sebelum ini aku memang terasa down dengan status pekerjaan dan pencapaian hidup aku sekarang. Sehingga harini aku masih tidak mempunyai sebarang harta. Dan sebenarnya perbincangan aku dengan si dia tadi adalah kerana aku yang masih belum mampu membeli kereta.
Memang aku merencana membeli sebuah kereta. Namun keadaan ekonomi aku sekarang terlalu amat naif untuk aku memilki kereta. Mana tak nya, gaji bulanan aku hanya sedikit, dengan perbelanjaan makan, minyak motosikal, aku agak hairan ke mana perginya duit gaji aku sehingga tiada langsung aku menyimpan.
Terasa ingin memiliki kereta kecil seperti ini sebagai kereta pertama :) angan tak sudah |
MIMPI: sinopsis si dia ceritakan aku hanya dapat ingat sebanyak ini.
adakah aku akan meninggalkan si dia bila mana dia lebih berjaya dalam hidupnya berbanding aku?
adakah aku akan jatuh menjunam apabila aku meninggalkan dia?
adakah aku akan selamanya gagal dalam hidup?
adakah aku tidak mampu memenuhi keinginan dia menjadi lelaki yang hebat?
wallahualam :)