KANGAR: Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.
Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital Sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidurnya pada 8 Jun lalu.“Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.
“Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian,” katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.
Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.
Katanya, pencuri berkenaan kemungkinan besar memulangkan semula barangan itu secara tergesa-gesa dengan meletakkannya di atas cermin kereta pada waktu malam ketika penghuni taman perumahan nyenyak tidur.
kelakar aku baca berita ni..dah xda berita ke nk publish..ada ke kes curi seluar dalam coli..pastu pulang balik...adoiya...ble fikir balik..ape punye pencuri laa gila seks..adoi...
ape nk jadi ni