salam, apa hukumnya meletakkan 'eye-mo' di mata semasa berpuasa? adakah batal puasa? | wsalam.. tidak membatalkan puasa jika eye mo tersebut tidak turun ke kerongkong.. atau turun ke kerongkong kemudian terus meludah.. |
apa hukumnya memakan daging monyet? | haram di makan.. |
salam ustaz, jika kita kentut dalam air adakah ia membatalkan puasa yakni ada air yg masuk ke dalam dubur yg boleh menyebabkan membatalkan puasa. tq ustaz | wsalam.. tidak batal puasa.. |
assalamualaikum..saya ingin bertanya..jika seseorang tidur dari pagi sampai pukol 5 petang..adakah hukum terhadap puasanya.. | wsalam.. ada pendapat yang mengatakan hukumnya makruh.. |
apa beza sujud tilawah dan sujud sajadah | Sujud sajadah dilakukan setelah kita membaca Ayat sajadah dalam solat Sujud tilawah, kita melakukannya setelah membaca Ayat sajadah juga tetapi di luar solat... contohnya, jika kita membaca ayat sajadah semasa membaca al-Quran, kita disunatkan melakukan sujud tilawah (bacaan dlm sujud sajadah sama sahaja dgn bacaan dlm sujud tilawah) |
salam,ustaz.. apakah hukum bersetubuh di siang hari bulan ramadhan sedangkan mereka tidak berpuasa pada hari tersebut? shukran.. | WSALAM .. Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Orang yang melakukan perkara tersebut akan terpalit padanya 2 dosa.. 1 dosa kerana meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa ada rukhsah atau sebab darurat baginya.. 2.. melakukan tipu helah untuk menghalalkan larangan allah di bulan ramadhan.. dan hukumnya perlu digantikan puasa dan kafarah (denda) terhadap perlakuan tersebut mengikut sebahagian besar pendapat mazhab. |
apakah hukum nye kalau kita mimpi basah siang hari di bulan puasa,sedang kan mimpi itu kite tidak minta dan ia brlaku secara tidak sengaja | ianya tidak membatalkan puasa.. dan wajib mandi.. |
assalamualaikum,saya nk bertanya mengenai ganti solat.seperti yg kita tahu solat tu adalah wajib.tetapi kadang2 kita ni manusia yg lalai.meninggalkan solat tanpa sbb.soalan saya,kalau kita terlupa berapa banyak solat yg telah kita tinggal,macam mana kita nk qada?adakah sehingga kita yakin bahwa kita dh ganti semua solat tu atau ada cara lain?terima kasih. wassalamualaikum.. | wsalam... ada khilaf mengenai pendapat ini.. ada pendapat ulama' yang menyatakan wajib mengqada' semua solat yang tertinggal.. ada juga pendapat seperti ibn taimiyyah menyatakan tidak perlu ganti tetapi perbanyakkan solat2 sunat kerana ianya merupakan bid'ah dan sia-sia.... Apapun yang jelasnya jumhur pendapat menyatakan wajib qada' kerana tinggal solat adalah perkara yang terhutang dengan allah ta'ala.. mengenai jumlah yang tertinggal pada zaman2 dahulu.. sebaiknya qada' solat sehingga rasa yakin ianya mencukupi. |
perception28278