(o_0)THERE IS NOTHING TO LEARN FROM A LESSON WITHOUT PAIN..BECAUSE YOU CANT GAIN ANYTHING WITHOUT SACRIFICING SOMETHING IN EXCHANGE...(0_o)
In the Name of Allâh the Most Beneficent the Most Merciful.
Copyright Policy
Sunday, April 26, 2009
cuti seminggu
Thursday, April 16, 2009
6 kesalahan besar dilakukan semasa berpacaran
BACAAN UTK WANITA:
6 kesalahan besar dilakukan semasa berpacaran
MUNGKIN keadaan ini pernah menimpa diri anda. Keluar temu janji dengan seorang lelaki dan kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana merasakan diri telah bertemu jejaka idaman yang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.
Malangnya, selepas malam itu, tiada langsung panggilan daripada si dia. Lelaki yang dikatakan sempurna dan sesuai buat anda itu seolah-olah cuba menyepikan diri. Kenapa?
Sebabnya, anda mungkin berpandangan temu janji itu sempurna tetapi hakikatnya ia tidak seperti yang diharapkan. Ada kalanya, wanita kurang menyedari bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan besar sehingga merosakkan temu janji tersebut.
1. Terlalu kerap bertemu janji tidak produktif.
Anda perlu tahu memilih temu janji. Jika bertemu dengan lelaki-lelaki yang tidak berguna, elakkan diri untuk terus bersama dengan mereka. Carilah alasan supaya mereka tidak lagi mengajak anda keluar.
Masalahnya, wanita selalunya tidak sabar. Mereka mahu apa yang diingini diperoleh pada saat itu juga. Inginkan ganjaran serta-merta. Tetapi, perlu juga diingat kadang-kala berbaloi untuk kita menunggu hadirnya seorang lelaki yang baik dalam hidup.
Mungkin, anda hanya berpeluang keluar temu janji sekali dalam setahun. Tetapi, ia berkemungkinan adalah yang terbaik berbanding terlalu kerap bertemu janji tetapi semuanya mengecewakan.
2. Keluar bersama teman-teman dengan harapan bertemu lelaki pujaan.
Apabila bersama teman-teman khususnya wanita, anda sebenarnya tidak akan didekati oleh lelaki. Sebabnya, lelaki bujang sebenarnya amat penakut. Ada teori menyatakan bahawa wanita yang keluar secara berkumpulan tidak akan menarik perhatian kaum lelaki.
Lelaki yang mempunyai kualiti tidak akan menghampiri kumpulan wanita tersebut dan kemudian mengajak anda keluar dengannya di hadapan teman-teman anda. Lelaki seperti itu tidak akan berani melakukannya. Jadi idea paling baik, keluarlah bersendirian.
Pilihlah meja terbaik untuk menikmati makanan atau minuman sambil membaca buku kegemaran anda. Berpura-pura anda sedang sibuk. Keadaan itu sebenarnya membuatkan anda lebih mudah didekati apatah lagi anda sedang bersendirian.
3. Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali diri mereka.
Sebenarnya, pada saat bertemu, seseorang lelaki itu sudah tahu sama ada dirinya berminat dengan anda ataupun tidak. Dalam hidup seorang lelaki, tiada istilah 'memanaskan badan'.
Lelaki umpama mikrowave dan wanita pula seperti belanga. Wanita lambat merasai 'kehangatan', mereka selalunya akan mengumpul semua maklumat mengenai si dia kemudian mentafsirkan ia sebelum mengambil kata putus. Sedangkan lelaki mengetahui jawapannya dalam satu saat, ya atau tidak.
4. Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji.
Wanita bujang terlalu menaruh kepercayaan kepada pasangan temu janjinya sehingga membuatkan dia menceritakan terlalu banyak kisah tentang dirinya.
Mereka sebenarnya sedang memberi dan melonggokkan maklumat kepada lelaki terbabit - terlalu banyak. Apa yang selalunya diluah wanita: "Saya kini berasa tenang sebab dia adalah rakan baik saya. Saya boleh bercerita dengannya tentang apa sahaja."
Hakikatnya, wanita sedang berada dalam keadaan gelisah dan bimbang sehinggakan mereka menceritakan segala kisah hidup mereka. Cuma, kadang kala kisah hidup mereka itu bukanlah satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama.
5. Tidak membenarkan lelaki bercakap.
Cara anda bercakap atau berbual kala keluar berpacaran sepatutnya seperti perlawanan tenis iaitu ada komunikasi dua hala. Tetapi, sepatutnya lelaki diberikan kuasa untuk bercakap lebih banyak daripada wanita. Tiga kali lebih banyak daripada wanita seperti nisbah 3:1.
Lelaki bercakap, bercakap dan bercakap kemudian barulah tiba giliran anda pula untuk meluahkan kata-kata. Namun, anda boleh menjawab pertanyaannya setiap kali si dia selesai berkata-kata.
Dan, kemudian anda juga boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tetapi pastikan ia tidak lari daripada topik yang sedang diperbualkan.
Jangan pula terus bertanya: "Adakah awak ingin berkahwin? Apa perkara yang disukai oleh bekas teman wanita awak?" Ingat, jangan sesekali lakukan perkara itu. Sebaiknya, mulakan perbualan daripada topik atau cerita yang sedang dibualkan.
6. Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan.
Kunci utama pada satu temu janji yang berjaya adalah senyuman. Tawan hatinya dengan pandangan mata. Biarkan dia 'memimpin' pentas pertemuan itu dan anda hanya menyuntik perkara-perkara kecil yang dapat membantu menghangatkan suasana.
Contohnya, andai si dia memesan pencuci kulit dan anda berkongsi menikmatinya, katanya: "Inilah kek coklat paling enak dan saya gembira awak memilihnya."
Tingkah laku dan adab sopan, itulah kuncinya. Kebanyakan orang tidak menitikberatkan tentang perkara itu atau sengaja buat-buat lupa setiap kali keluar temu janji dengan si diaaku terbaca artikel ni..mcm menarik jerk so aku letak kt sini...
huhuhu...mengikut pengalaman jahilliyah aku..waktu aku pn gatal2 kuar date..2x je tau..hahaha
kirenye aku xmacho laa kaco gadis baju pink..huhuhu~ alaa...ruginye jatuh saham aku
mm...krue inuyasha aku minta maaf..aku mmg tahu saat aku mengenali kau aku tahu aku xdapat menyintai kau..aku sygkn kau tp aku merasakan chemistry kte bbeza..kau sempurna..aku sayang kau..tapi biarlah takdir tentukan semuanya...
maya_fantasi...maaf aku agak kurang ajar dengan kau..aku tak dapat terima sikap aku yang kurang matang...kita sama2 bersalah...bukan kau yang kurang sopan tappi aku yang hilang kawalan..sungguh aku xpernah benci kau..kita kawan selamanya
panda..aku mahu kamu..tapi mungkin kte tak ditakdirkan bersama..aku berdoa yg terbaik utk kau..menyintai xsemestinya memiliki kn:) aku ok jerk..abyway maaf laa date kite sumenye xmenjadi kn??? cian kau..cian aku..untung sape dpt jd suami kau..hehehe
wahhh mcm wasiat aku lakk..hahaha
chronicle of the heart..tp aku mngaku laa aku suke korg sume....may Allah bless us all..
.....laki2 yg berzina x mngahwini mlainkn ppuan bzina, @ ppuan yg musyrik, & ppuan yg bzina x dkahwini mlainkn laki2 yg bzina 2 musyrik& yg demikian itu dharamkn ats org2 yg mukmin....
yaAllah..kurniakanlah aku istri dan zuriat keturunan yg baik...Aminnn~ (*~*)
Wednesday, April 15, 2009
sakit pale sakit hati
harini iman aku tergoyah apabila aku melihat sekumpulan gadis..betapa aku sedih dan kesal..inikah generasi gadis melayu sekarang..pakaiannya sendat..sungguh kalian bertudung tetapi kenapa kalian menampakkan bentuk tubuh kalian..kenapa kalian mempamerkan perhiasan yang terdapat pada diri kaliann...
aku hanya insan biasa...aku tak dapat menahan gelora nafsu...aku belum mencapai tahap iman yang mampu mngalihkan pandangan terhadap semua itu...
yaAllah..ampuni aku...
aku telah berlaku zalim terhadap diriku..;(
hakikatnya aku kurang faham kenapa perempuan sanggup melakukan sedemikian??adakah untuk menunjukkan dirinya cantik??cantikkah mereka???
andai akhlak kalian tidak seindah jasad...
huhhhhh...anime digimon penah cakap:"badan hanya bekas yang mengandungi jiwa"
aku xmahu jiwa aku kotor..biarlah aku tak cantikx menawan..tp mudah2an Allah mnjaga jiwa aku..ruh aku...
aminnnn....
al israa 17:32
jgnlah kamu menghampiri zina; ssgghnya zinna itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk
annur 24:21
hai org2 yg beriman, janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan.barangsiapa yg mengikuti langkh2 syaitan, maka ssgghnya setan itu mnyuruh mngerjakan pbuatn keji dan mungkar.skiranya tdk krna kurnia Allah & rahmatnya kpd kamu sekalian, nescaya tdk sorg pn dr kamu bersih (dr pbuatn keji 7 mungkar itu) slama2nya, ttp Allah mmbersihkn siapa yang dkehendakiNya.& Alllah maha mendengar lg maha mengetahui.
al ankabut 29:45
bacalah apa yang telah diwahyukan kpdmu yaitu AlQuran dan dirikanlah solat.ssghnya solat itu mncegah dari pbuatn keji ddan mungkar.dan ssghnya mngingati Allah itu lbh besar keutamaannya dr ibdh2 lain.& Allah mngetahui apa yg kamu kerjakn
Thursday, April 9, 2009
antara dua darjat
akibat kebosanan dan tiada benda aku nk buat..aku teruskan juga menonton..
huhuhuhu....
sekilas apa yang ingat..-mantuk gak laa wei aku tgk..menarik ttp tetamu undangan xbest...
antara dua darjat...
diskusi tersebut banyak berkisar tentang si isteri yang lebih tinggi martabatnya dari suami..
betapa aku tetiba mnjadi risau..aku bimbang dengan apa aku akan jadi suatu hari nanti..adakah aku akan mnjadi lelaki yang rendah martabatnya dari isteri aku???
selalu aku jatuh hati dengan mereka yang teramat pandai dari aku..selalu mereka lebih baik dari aku..selalu mereka mendahului aku...
terukkah aku mempunyaii citarasa yang sepertinya???
betapa aku takut..betapa aku risau..betapa aku tak dapat berfikir.....
teringat aku salah satu cerita
salah seorang sahabat.. saad as Salami- merupakan lelaki yang tak hensem dan miskin..menyatakan hasratnya berkahwin kpd rasulullah..lalu rasulullah mnyuruh saad menyampaikan hasratnya pada suatu kluarga di hujjung kampung..pada awalnya kluarga gadis tidak menyukai saad namun apabila menyetahui pinangan itu datangnya dari rasulullah, maka penangan itu diterima..
yang penting adalah iman dan taqwa
aku perlu berusah utk menjadi yg terbaik dalam apa jua yang aku lakukan..mungkin bkn di dunia ttp di sana...insyaAllah...
>>>>gambateee..chayok2..ahaksss bg smangat kt diri sndri..wawawawa<<<<
al-furqan 25:74
Dan org2 yg beriman berkata"ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sbg penyenang hati, & jadikanlah kami imam bg org2 yg btaqwa.."
25:75
mereka itulah org yg dbalasi dgn martabat yg tinggi krna ksabaran mrka & dsambut dgn phormatn & ucapn slmt d dlmnya
Wednesday, April 8, 2009
HeartBreaker..
recently i got this number..girl from a website..
honestly i hate having this kind of relationship..we always unable to express what what actually we wanted to say..by sms ing i meant...
so we msg alot..quite alot..and calling??? when i really depressed lost control.. bad mood..i only think of her...after my dear god that is Allah...
a little bit about her...i dont really know her..yaa.. a gurl in the internet..what else to tell..she is really religious person, smart, mature younger than me that is...
NOT IN MILLION YEARS OF LIGHT TRAVEL FOR ME TO MAKE HER IN LOVE WITH ME...
NEVER EVER EVER!!!!! NO!!! STAY AWAY FROM ME... I'LL HURT UR FEELING..PLZ STAY AWAY FROM ME...DONT MAKE ME LOSE CONTROL...I LIKE YOU..BUT WE ARE NOT MEANT TO BE TOGETHER...HELP!!!!!!!
I am asking help from myself..the demon inside....
i'm sick of this feeling...the desire to be love by a gurl..
i remember once i have recite this prayer...
"ooo lord..dont make me suffer for the love to these girls...i am not worth it for them...i'm just no body..ooo lord.. if i could ever ask...please make my heart as hard as diamond..as cold as ice..so that i wont feel the feeling of being hurt..take away my love for this world if i cant bare the responsibility...take away my feelings..i which i am a robot..but i really miss Your love.."
but what kind of monster am i now???i have break so many heart..what if they are my sister?? my siblings???
>>>>i hate these feeling..get out of my brain..i dont wanna be infected by these disease..they are destroying my system..<<<<
entry ni aku pn xfhm ape aku meraban...tp kalo ada org fhm korg fhm2 je laaa....
uishhhh....mmg bulan 4 aku sewel biol2 sket...xske bln 4....
bengong aku ckp aku ckp aku takut aku mungkin ske dia..mmg aku takut pn...
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
duishhhhh gedebok..(kick ninja samurai x kenshin himura...aku benci sume niiiii....aku dh malukan diri sndri..bengongggggggggggggg)
actually sape circuit breaker...ofcoz laa aku mrepek pasal diri aku...
p/s;takut org xfhm n salah fhm dia yang break my heart..hahahaha
lalalala~~~~
aku rasa aku kena amik barbiturat or dophamine laa...mcm plek je aku taip nihhh....
dia kate aku ada double personality???yeke?????
iyalaa bkn iya dongggg
Tuesday, April 7, 2009
Doa Melembutkan Hati
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka
(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
Monday, April 6, 2009
jatuh cinta lagi???
memori silam ternyata membuatkan aku hanyut dalam khayalan anatara realiti dan fantasi..
aku mula menyendiri...atau aku memang sendiri??? yaAllah..apakah perasaan ini????
perpisahan aku dengan orang2 yang aku sangka aku cinta semuanya berlaku pada bulan april...aku masih teringat kisah silam..betapa aku kejam..memutuskan hubungan dan melukakan hati 3 gadis pada masa yang sama...maaf aku tak dapat melupakan apa yang aku lakukan..betapa aku berharap kalian dapat membaca luahan hati ini....
aku sering berbicara tentang bulan bintang awan dan hujan...suasana malam..tanpa matahari...mungkin ini perumpaan yang sesuai aku ungkapkan..betapa aku rindu pada mereka..dia yang mengajar aku erti bulan, bintang, awan dan hujan...
dan aku yang sentiasa beranggapan bahwa sema yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi..tetapi seingkali semuanya ada kekurangan.. aku hampa..dalam tangis aku tersenyum..agar dia tidak mengetahui apa yang aku rasa...
semoga dia berbahagia..dengan jalan yang dipilihnya..aku hanyalah tanggapan mereka pada aku....
maafkan aku:-
katak, maya, krue_semut, panda~
aku xbniat memainkan perasaan kamu semua
p/s:- jedi warrior, pink lady and gadis..plz stay away from me..i will hurt you...
Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah Ya Waduud...
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya sentiasa pada-Mu
Agar bertambah sayangku pada-Mu
Ya Allah Ya Rahman..
Jika aku merindui
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang hatinya sentiasa merindui kalimah2 suci-Mu
Agar bertambah rinduku pada-Mu
Ya Allah Ya Rahim..
Jika aku mengasihi
Kasihkanlah aku pada seseorang
Yang mengasihi-Mu..kerana
Kasih abadi dan cinta hakiki hanya untuk-Mu
Ya Allah Ya Nuur..
Jika aku jatuh cinta
Janganlah membiarkan
Aku mencintainya lebih daripada-Mu..kerana
Hanya cinta-Mu yang kekal abadi
Ya Allah Ya Jabbar..
Jika aku jatuh cinta
Janganlah membiarkan
Aku tenggelam dalam lautan cinta seseorang
Yang terlampau..kerana
Ia bisa membinasakan
Ya Allah Ya Aliyy..
Jika aku jatuh cinta
Janganlah biarkan
Aku menikmati kenikmatan cinta itu
Sehingga melupakan-Mu..kerana
Dikau satu-satunya di hati
Ya Allah Ya Zul Jalali Wal Ikram..
Jika aku jatuh cinta
Hanya satu pintaku pada-Mu
Temukanlah aku dengan seseorang
Yang mampu memberikan syurga dunia
Tanpa mengenepikan segala suruhan dan larangan-Mu
Agar aku mampu menikmati syurga hakiki-Mu
Ya Allah Ya Amin..
Jika aku jatuh cinta
Aku serahkan segalanya pada-Mu
Hanya Dikau Yang Maha Mengetahui
Segala yang terbaik untuk hamba-Mu ini..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin….
penderitaanku
apakah aku telah terjatuh sayang padanya...
betapa aku berharap akan terungkap.."jauhi aku...aku bekan orang yang kau sangka...aku akan sakiti kau...stay away from me!!!" tapi aku tak dapat nak menahan diri aku dari bermesra ... ingin mencintai dan dicintai..mungkin pada tahap ini sekadar menyayangi dan disayangi....
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
Friday, April 3, 2009
syurga-apakah amalanku melayakkan aku ke syurga??
betapa banyak nikmat kurniaanNya pada ku....
nikmat usia,masa, herta, akal...
iman dan isalam...apakah aku gunakan pada jalnnNya?????
adakah segala amalanku mlayakkan aku ditempatkan ke syurgaNya?????
layakkah aku mengharapkan balasan syurga atas segala perbuatanku?????
ssungguhnya andai senua itu rahmat kurniaanNya...jadi apakah yang perlu aku lakukan?????
adakah qada n qadar yg mnentukan kafir atau muslim seseorang????
...dan tidak aku jadikan jin n manusia selain utk beribadat padaKu......
hidayah milik Allah...
aku kaku...aku terkelu...
fikiranku kosong...
apakah matlamat kewujudan aku?????
yaAllah..berikanlah aku jawapan